Monday, March 2, 2009

Perniagaan melalui internet menawarkan pendapatan yang lumayan

CARI DUIT LEBIH RM3,449 DALAM 10 HARI
PENDAPATAN MUDAH DAN LUMAYAN DARI
INTERNET
Pada masa kini ramai dikalangan kita yang berminat untuk menceburi perniagaan melalui internet kerana perniagaan melalui internet mudah untuk dilaksanakan. perniagaan melalui internet tidak memerlukan modal yang besar, cukup sekadar RM50 dalam tangan sudah memadai untuk anda memulakan perniagaan internet anda. Tetapi bagi sesetengah orang yang tidak memiliki pengetahuan asas atau pengalaman dalam selok-belok perniagaan internet menyebabkan mereka terpaksa berbelanja besar untuk memulakan perniagaan internet mereka. Tetapi persoalan kita bukanlah berkaitan modal untuk memulakan perniagaan internet tetapi adalah berkaitan kelebihan yang terdapat dalam perniagaan melalui internet dan mengapa anda harus merebut peluang dalam perniagaan ini.

Kepentingan dan kelebihan perniagaan melalui Internet yang harus anda ketahui. Sila luangkan masa beberapa minit untuk membaca maklumat ini bagi menambah pengetahuan anda berkaitan perniagaan melalui internet.


1. Pengenalan kepada perniagaan Internet

Perniagaan melalui internet adalah merujuk kepada segala apa jua jenis perniagaan yang dapat dijalankan melalui internet. Pada asasnya perniagaan melalui internet juga memiliki ciri-ciri yang sama dengan perniagaan biasa seperti membuka kedai buku, kedai kain atau kedai bunga. Perniagaan melalui internet melibatkan transaksi jualan untuk produk barangan dan juga produk perkhidmatan. Kepelbagaian jenis perniagaan yag dapat dijalankan melalui internet telah membuka peluang yang amat luas kepada sesiapa sahaja yang ingin mencebur diri dalam perniagaan melalui internet secara sambilan atau sepenuh masa. Jumlah pengguna internet yang kian meningkat saban hari telah mewujudkan satu "hub Perdagangan" secara maya yang meliputi jutaan pelanggan atau pengguna dari serata dunia. Peluang perniagaan yang terbuka luas ini harus direbut dengan memanfaatkan sistem komunikasi canggih yang berjaya menyediakan infrastruktur komunikasi yang hebat untuk kita menjalankan pernigaan ke seluruh dunia dengan mudah, cepat dan cekap. Menjalankan perniagaan melalui internet memberi peluang kepada anda untuk bertemu dengan ribuan bakal pembeli dalam sehari. Dengan kecekapan dan kelajuan teknologi internet anda mampu bertemu dengan sekurang-kurangnya 25,000 bakal pembeli setiap hari dengan probabiliti satu peratus akan membeli bermakna anda mampu membuat 250 jualan produk setiap hari dengan anggaran pendapatan harian sebanyak RM7,500 sehari (250 x RM30.00).

Perniagaan melalui internet dilaksanakan dengan memanfaatkan segala kemudahan yang ditawarkan dalam internet dengan pelbagai inovasi berguna seperti kemudahan email, blog, laman web, chat room, forum dan yang terbaru kini adalah kebanjiran laman web sosial seperti Youtube.com dan friendster.com yang memudahkan kerja-kerja promosi dilakukan.


2. Potensi perniagaan internet dalam dan luar negara

Perniagaan melalui internet semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi internet itu sendiri. Kini di seluruh dunia terdapat lebih dari satu billion pengguna internet. Ini bermakna terdapat seramai satu billion pelanggan atau pembeli yang bersedia melihat iklan dan produk yang anda niagakan melalui internet. Kaedaan ini menunjukkan betapa besarnya potensi dan peluang perniagaan melalui internet yang harus anda rebut. Malangnya peluang keemasan ini gagal direbut oleh kita dan menyebabkan kemudahan teknologi internet ini lebih banyak didominasikan oleh negara-negara barat sahaja. Ramai usahawan internet dari seluruh dunia telah berjaya memperolehi jutaan dollar dengan menjalankan perniagaan melalui internet. Sesetengah peniaga internet hanya menjual satu jenis produk sahaja tetapi berjaya membuat ribuan jualan dengan pedapatan berjumlah jutaan dollar setahun.


3. Mengapa anda mesti melibatkan diri dalam perniagaan Melalui Internet.

Perniagan melalui internet di Malaysia masih lagi dianggap baru memandangkan ramai yang belum sedar akan kepentingan dan fungsi sebenar internet dalam meningkatkan pasaran produk barangan dan perkhidmatan yang diniagakan. Di negara ini terdapat lebih dari 7,000.000 orang merupakan pengguna internet. Dengan jumlah pengguna serami itu tidak mungkin sukar untuk anda menjual sekurang-kurangnya 20 produk kepada mereka dalam sehari. Cuma apa yang anda perlukan adalah teknik pemasaran dan promosi yang tepat. Rujukan tepat akan membantu anda dalam menghasilkan plan perniagaan yang berkualiti. Sila rujuk link ini. Rujukan


4. Jenis-jenis perniagaan Internet sepintas lalu


· Menjual Maklumat (Seperti yang Kami lakukan sekarang)
· MLM (Multi Level Marketing melalui internet)
· Orang tengah di antara pengeluar produk barangan/perkhidmatan dengan pembeli produk barangan/perkhidmatan di seluruh dunia.
· Program Affiliate Marketing melalui click bank dan beberapa syarikat lain.
· e-runcit menjual pakaian, barangan kraftangan, CD, E-book,
· e-perkhidmatan professional seperti khidmat kaunseling secara online, nasihat guaman atau nasihat berkaitan pengurusan kewangan dan banyak lagi.


5. Produk-produk yang dapat diniagakan dalam internet


Terdapat pelbagai jenis produk yang diniagakan dalam internet dan seolah-olah tiada pihak yang dapat menyekat anda dari menjual produk kegemaran anda atau yang berkaitan dengan hobi anda. Keadaan ini merupakan peluang yang amat besar untuk anda bermula sebagai usahawan internet. Untuk menjalankan perniagaan melalui internet anda tidak perlu bersusah payah untuk memikir dan menghasilkan produk apa yang ingin dijual kerana terdapat ramai syarikat lain yang memerlukan anda untuk memasarkan produk mereka dengan kadar komisen setinggi 75 peratus dari harga runcit produk. Maknya anda mampu memperolehi pendapatan lumayan hanya menjadi ejen jualan untuk syarikat lain. Kelebihan pada anda adalah anda tidak perlu menanggung kos penghantaran kerana akan ditanggung oleh syarikat-syarikat terbabit. Anda ingin mengetahui cara memperolehi produk-produk secara percuma sila dapatka info lengkap dari ebook kami di bawah.


6. Kunci Kejayaan Usahawan Internet


Perancangan dan pelan perniagaan yang baik adalah merupakan asas kepada kejayaan sesebuah perniagaan tidak kira perniagaan secara konvensional atau perniagaan melalui internet. Oleh itu jika anda tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perancangan perniagaan anda harus cuba untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam perancangan perniagaan terutamanya berkaitan perniagaan melalui internet. Perancangan selalunya meliputi perkara asas pemasaran seperti pasaran sasar, produk, harga dan promosi. Bagaimana cara untuk memberi tumpuan kepada pernigaan internet yang anda jalankan adalah juga merupakan kunci untuk mencapai kejayaan perniagaan dalam perniagaan internet.


7. Kelebihan perniagaan internet


· Tidak memerlukan modal permualaan yang tinggi, cukup sekadar RM20 sahaja dalam tangan anda.
· Anda tidak perlu menanggung kos pengurusan yang tinggi untuk menggaji ramai pekerja.
· Untuk memulakan perniagaan melalui internet anda tidak perlu memohon lesen perniagaan sehinggalah perniagaan anda telah berkembang dan berjaya.
· Peruntukan masa hanya sejam ke dua jam sehari sahaja untuk menguruskan perniagaan internet anda.
· Tidak perlu menyewa ruang pejabat malah tidak perlu membeli peralatan seperti komputer, meja, kerusi atau unit penghawa dingin kerana ada pihak lain yang menawarkan perkhidmatan tersebut dengan kadar sewa yang amat murah dan fleksibel. Anda Cuma perlu tahu bagaimana cara untuk memperolehi semua tersebut. Maka anda perlu bertanya pada kami.
· Terdapat beribu-ribu bakal pembeli akan melihat produk yang anda tawarkan berbanding kedai biasa yang hanya dikunjungi hanya beberapa puluh orang sahaja dalam sehari. Peluang mencipta keuntungan lumayan adalah tinggi.
· Melalui networking anda tidak perlu membeli dan menyimpan stok barang. Maknanya anda tidak perlu risau kerosakan yang mungkin berlaku pada stok simpanan anda kerana perniagaan melalui internet anda tidak perlu menyimpan stok walau seunit produk pun. Anda hanya perlu tahu caranya dengan bertanya pada kami.




8. Bagaimana Memulakan perniagaan internet dengan modal serendah RM50 sahaja.

Anda pasti anda akan tertanya-tanya malah tidak ingin percaya pada pernyataan di atas. Ya memulakan perniagaan internet hanya bermodalkan RM50 sahaja. Buktinya ramai yang menghantar emel dan SMS kepada kami yang berbunyi, encik cuba nak menipu saya ya, "Encik tipulah mana ada perniagaan yang bermodalkan RM50 je". Terdapat beberapa alasan penting mengapa kami menyatakan bahawa boleh memulakan perniagaan melalui internet hanya bermodalkan RM50 sahaja. Anda lihat senarai ini:

1. Produk boleh didapati dengan percuma dimana produk barangan dan perkhidmatan akan dibekalkan oleh syarikat-syarikat yang menawarkan produk tanpa perlu membeli atau membayar apa-apa.

2. Kos penghantaran akan ditanggung oleh syarikat pengeluar dan pemilik produk.

3. Sewa Peralatan yang murah kerana terdapatnya pihak yang menyediakan peralatan seperti komputer, meja, kerusi serta beberapa peralatan lain untuk anda memulakan perniagaa internet dengan kadar sewa yang amat murah iaitu serentah RM2.50 sahaja.

4. Bebas dari tanggungan liabiliti seperti bill eletrik, bill air dan bil streamyx hanya melalui satu kaedah yang anda perlu ketahui.

5. Kaedah promosi melalui internet amat murah dengan liputan meluas tanpa batasan geografi. Maknya perniagaan anda meliputi seluruh dunia dengan jumlah pelanggan yang ramai.

6. Tidak perlu memohon lesen perniagaan di peringkat permulaan.

7. Kedah menerima pembayaran yang mudah dan cepat. Terdapat banyak pihak menawarkan perkhidmatan percuma untuk merchant account bagi memudahkan anda membuat atau menerima pembayaran.


9. Faktor-faktor kegagalan sebilangan Usahawan internet

Mendengar kejayaan yang dikecapi oleh ramai pihak yang telah menceburi perniagaan internet menyebabkan ramai yang ingin mencuba nasib mereka untuk mencebur diri dalam perniagaan internet namun malangnya perniagaan mereka tidak berjaya dan ramai yang berakhir dengan kegagalan malah terpaksa menanggung hutang pinjaman modal dalam memulakan perniagaan internet meraka. Persoalan di sini adalah mengapakah mereka mengalami kegagalan sedangkan ramai juga yang mengecapi kejayaan malah ramai yang telah menjadi jutawan internet seperti beberapa orang usahawan internet di negara ini. Saya meneliti persoalan ini berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini selama lebih lima tahun. Tetapi persoalan yang timbul pada fikiran saya adalah, mengapa mereka gagal sedangkan saya sendiri mempu memperolehi lebih dari RM100 sehari hanya dengan satu produk sahaja. Persoalan ini menimbulkan minat saya untuk mengkaji dan mengenal-pasti apakah punca kegagalan ramai usahawan internet.


Dari penelitian saya, saya dapati punca-punca kegagalan usahawan internet adalah disebabkan oleh faktor seperti sikap hanya ingin mencuba nasib, tiada kesungguhan, hilang kepercayaan dan keyakinan diri, strategi promosi yang tidak berkesan, startegi harga yang kurang berkesan, segmen pasaran pilihan yang agak terhad, kesilapan memilih produk untuk pasaran, kesilapan dalam merancang pernigaan internet hingga menelan belanja yang tinggi, kurang pengalaman, tiada panduan yang lengakap dan tepat.
Bagi mengatasi segala masalah tersebut seseorang yang ingin memulakan perniagaan internet haruslah berusaha mencari maklumat secukupnya dan mendapat panduan dari mereka yang telah berjaya serta memiliki pengalaman yangn luas dalam selok belok perniagaan internet. Tetapi kini dengan terdapat banyak buku panduan berkaitan perniagaan internet di pasaran yang lengkap maka segala panduan boleh diperolehi hanya dengan memiliki sebuah buku sahaja. Tetapi anda harus tahu bahawa tidak semua buku yang terdapat di pasaran dapat membekalkan semua maklumat yang anda inginkan kerana anda perlu memilih dan membeli buku yang berkualiti sahaja. Ini adalah perlu agar anda tidak perlu berbelanja besar untuk membeli buku semata-mata inginkan maklumat lengkap dan terbaik tentang perniagaan internet. Jika anda inginkan segala maklumat dan tip berkesan untuk memulakan perniagaan internet yang berjaya saya ingin mengesorkan agar anda membeli buku ini iaitu sebuah ebook bertajuk Rahsia Dapat RM200 sehari dari Internet

10. Apakah Ciri-ciri seorang usahawan internet yang berjaya.


Untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya seseorang itu harus memiliki ciri-ciri diri seperti keyakinan diri yang tinggi dan semangat berusaha yang tinggi untuk terus berusaha. Berani menyahut cabaran adalah penting sebagai seorang usahawan tidak kira apa jua perniagaan yang dijalankan tetap ada rintangannya. kesungguhan untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan sentiasa ingin belajar dan menimba ilmu-ilmu berkaitan perniagaan internet selari dengan perubahan teknologi internet yang pantas. untuk menimba ilmu perniagaan seseorang itu harus tidak lokek untuk berbelanja demi memperolehi ilmu yang berguna. Ilmu dapat diperolehi dengan merujuk kepada mereka yang telah berjaya dalam perniagaan melalui internet. Anda boleh menikuti krusus-krusus berkaitan perniagaan internet yang dianjurkan di kawasan berdekatan anda atau cara yang paling mudah adalah dengan membeli ebook berkaitan cara-cara memulakan perniagaan internet dan melakukan promosi dan jualan yang hebat. anda boleh dapatkan ebook ini sekarang

11. Memulakan perniagaan melalui internet

Untuk memulakan perniagaan internet anda harus terlebih dahulu memiliki empat perkara utama ini iaitu produk barangan atau perkhidmatan, laman web atau blog, kaedah menerima pembayaran dan yang keempat adalah promosi.

Produk barangan atau perkhidmatan - setiap pernigaan yang ingin dijalankan melalui internet anda harus memiliki sekurang-kurangnya satu produk baranganan atau perkhidmatan. sebagai contohnya produk e-book. Anda boleh menjual produk yang anda sendiri hasilkan atau memperolehinya dengan menjadi affiliate kepada syarikat lain untuk mendapat hak penjualan bagi pihak mereka dengan mendapat komisen yang lumayan.


Laman web atau blog - Untuk memasarkan produk barangan dan perkhidmatan anda melalui internet anda perlulah memiliki sekurang-kurannya satu laman web atau jika anda ingin menjimat belanjan anda boleh bina laman blog dengan percuma. Gunakan laman web atau blog anda unutk memaparkan maklumat berkaitan produk yang anda niagakan dengan memasukkan diskripsi lengkap berkaitan produk anda serta harga dan borang pesanan dan kaedah pembayaran dan penghantaran akan dilakukan. Anda harus ketahui bahawa cara mempersembahkan maklumat di alam laman web atau blog perniagaan adalah berbeza dari laman web biasa. Anda harus mengetahui cara untuk mengoleh isi kandungan laman web anda agar dapat menyakinkan bakal pembeli anda tentang kesungguhan anda untuk menjual produk yang berkualiti dan bukan membuat penipuan kerana sekarang terdapat terlalu banyak penipuan yang dilakukan melalui internet. Maka untuk mengetahui kaedah untuk menolah isi kandungan laman web yang berkesan sila dapatkan panduan melalui ebook ini...

Kaedah menerima pembayaran - Bagi memudahkan para pembeli membuat pembayaran anda harus memperbagaikan kaedah pembayaran. Jangan hanya bergantung kepada satu kaedah pembayaran sahaja. Cuba guna pelbagai kaedah pembayaran seperti melalui paypal, maybank2u, ATM/cash deposit, egold dan Western Union Money Transfer. Untuk mempelajari lebih lanjut tentang cara untuk setup dan menyediakan perkhidmatan ini sila dapatkan panduan lengkap berkaitan kesemua kaedah pembayaran di atas yang terkandung di alam ebook ini ..

Promosi - Promosi adalah merupakan perkara yang paling mustahak dalam menjalankan perniagaan internet. Saya boleh katakan 85 peratus sehingga 95 peratus kejayaan melalui perniagaan dalam internet adalah bergantung kepada kehebatan promosi-promosi yang dijalankan. Ramai usahawan internet yang gagal adalah disebabkan kelemahan mereka dalam melakukan promosi-promosi yang perlu untuk menghebahkan produk-produk mereka kepada pasaran sasar mereka. Sebelum memulakan perniagaan internet seharusnya anda mempelajari dahulu berkaitan tatacara melakukan promosi yang hebat melalui internet. Pelajarilah pelbagai kaedah promosi yang penting daripada mereka yang berpengalaman atau dapatkan pelbagai kaedah promosi dari ebook ini..


12. Dapatkan panduan perniagaan yang tepat


Panduan Memulakan Perniagaan Internet. Segala panduan yang anda perlukan terdapat dalam panduan ini. Panduan ini mengandungi maklumat yang lengkap dan padat sebagai panduan untuk memulakan perniagan internet terutama yang meletakkan sasaran memperolehi RM100 sehari. Anda amat bertuah kerana berpeluang untuk memiliki panduan ini berbanding jika anda mendaftar untuk mengikuti kursus keusahawanan internet yang akan membicarakan topik yang sama tetapi kos yuran kursus boleh mencecah sehingga RM850 ringgit untuk satu sesi sahaja. Panduan ini boleh disimpan sebagai panduan anda untuk selama-lamanya.

Sila Klik di sini untuk mendapat panduan ini

3 comments:

  1. Kami adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
    bantuan, seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda akan melalui kewangan
    masalah, jika anda mempunyai keadaan huru-hara kewangan dan anda memerlukan dana untuk
    memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau membayar
    bil, memulakan perniagaan yang baik atau anda mendapati sukar
    mendapatkan pinjaman modal dari bank-bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e - mail
    rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

     "Jadi, jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja,
    Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..

    Nama awak: ______________________
    Alamat anda: ____________________
    Negara awak: ____________________
    Tugas anda: __________________
    Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
    Tempoh pinjaman: ____________________
    Pendapatan bulanan: __________________
    Nombor telefon: ________________
    Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
    Jika anda telah memfailkan pinjaman sebelumnya, di mana anda dirawat dengan jujur? ...

    Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, keadaan huru-hara, dan cabaran
    hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e - mail:
    rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan UK / USA. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete
  3. Merit Casino Review | No Deposit Bonus Codes & Free Spins
    Merit Casino no deposit bonus codes and free spins from Best Real money online casinos, Top Real 메리트카지노 검증 Money Casinos to Play at!

    ReplyDelete